Ahad, 3 Oktober 2010

Renung Dan Fikirkan


KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF DAN BAHAYA MENINGGALKANNYA
Berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mengamalkannya adalah FARDHU AIN atas setiap mukallaf lelaki dan wanita.
Ilmu Fiqh adalah berkaitan perlakuan serta ibadah serta muamalah zahir. Ilmu Tauhid adalah berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah dan segala yang Ghaib. Ilmu Tasawwuf adalah berkaitan penyucian hati, aqal dan ruh daripada segala kekotoran yang berunsur nafsu, dunia dan syaitan.
Kebanyakan kita sedia maklum tentang ketiga-tiga Ilmu ini. Tetapi apa yang ingin kita paparkan didalam kesempatan ini adalah kelemahan Ummat Islam pada zaman ini yang kebanyakannya abaikan Ilmu Tasawwuf yang menjadi nadi kesucian dan kekuatan diri. Dalam ertikata penyempurnaan kepada kepada sifat2 Mu'min itu telah diabaikan. Mulai dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan akhirnya ke peringkat universiti kita diajar dengan berbagai bidang ibadah solat, puasa, zakat dll. Alhamdulillah. Tetapi malang sekali sangat sedikit atau tiada langsung diajar tentang Ilmu tentang sifat-sifat nafsu, kebinasaan yang dihasilkan oleh nafsu-nafu kejahatan, kaedah memerangi nafsu dan syaitan yang merosakkan jiwa. Sedangkan penyucian jiwa ini adalah yang paling penting didalam kehidupan seorang yang beriman kepada Allah Ta'ala berdasarkan Firman Allah Ta'ala :
"Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)"; (Ash-Shuara 26; 89 )
Dan Sabda Nabi SAW :
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).
Apa yang disebut didalam ayat-ayat diatas adalah berkenaan hati yang sejahtera, hati yang suci, hati yang bebas dari syirik dari semua bentuk mazmumah. Hanya hati yang suci ini selamat dunia dan akhirat. Hanya hati yang suci ini mampu menghadapi sakratul maut yang sangat dahsyat. Hanya hati yang sejahtera ini dapat ketenangan didalam kuburnya. Hanya hati yang tenang ini akan memperoleh keampunan dan Rahmat Ilahi di Perhimpunan Mahsyar nanti....!!!
Untuk mendapat hati yang sejahtera daripada syirik khafi, bebas dari mazmumah - (sifat-sifat kekejian) dan memperoleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seseorang wajib menuntut Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.